Monday 21 February 2011

MASALAH


MASALAH

Dalam institusi Masjid At-Taqwa ini, terdapat dua permasalahan yang timbul sejak perangkaannya. Di masjid ini, sering berlaku kebakaran yang tidak diduga, organisasi masjid sering gusar dan resah jika kebakaran tersebut akan menyebabkan nyawa jemaah yang sedang melakukan ibadah akan berada dalam bahaya suatu ketika nanti. Seperti kejadian yang baru-baru sahaja berlaku, terjadi sebuah kebakaran pada kabel hawa dingin sebelum solat Tarawih bermula. Hal ini memang melahirkan perasaan takut dalam kalangan jemaah yang selalu meluangkan masa di masjid. Jemaah bernasib baik kerana ada para jemaah lain yang berjaya mengesan kebakaran tersebut sebelum ianya merebak dengan lebih besar. Tindakan pantas pihak organisasi masjid yang memadamkan api memang patut dipuji. Diharapkan kejadian dan tragedi seperti ini tidak berulang lagi.

Permasalahan yang kedua pula ialah kes jenayah yang semakin berleluasa dan bermaharaja lela di Masjid At-Taqwa ini. Kes ini termasuklah gejala mencuri dan memecahkan cermin kenderaan terutama kereta para jemaah. Pada tahun lepas sahaja, terdapat dua kejadian memecahkan cermin kereta dan mencuri yang tercatat. Kes yang pertama terjadi kepada Imam masjid ini sendiri iaitu Ustaz Zubir yang sedang memberikan ceramah pada malam berkenaan. Selesai majlis pada malam itu, cermin kereta Chery Eastar milik Ustaz Zubir ditemui  telah pecah dan dipercayai si pelaku memecahkan cermin kereta untuk mencuri komputer riba milik Ustaz Zubir yang ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut. Kes yang kedua pula berlaku kepada jemaah yang menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid At- Taqwa pada malam berkenaan. Kereta mangsa juga telah dipecahkan cerminnya. Mangsa telah kehilangan telefon bimbit yang juga ditinggalkan di dalam kenderaan. Adik saya juga sendiri telah menjadi mangsa kecurian. Pada bulan Ramadan yang lepas, adik saya pergi ke Masjid At-Taqwa untuk menunaikan Solat Tarawih dengan menaiki basikal. Walaupun tayar basikal telahpun dirantai dan dikunci oleh adik saya, basikal tersebut tetap juga dicuri oleh si pelaku.

“Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.”

_Riwayat Al-Bukhari dan Muslim_

No comments:

Post a Comment