Monday 21 February 2011

PENUTUP


PENUTUP

Secara implisitnya, setelah mengetahui sejarah penubuhan Masjid At-Taqwa, peranan dan kegiatan agama di masjid di kariah saya, saya lebih mengenali Masjid At-Taqwa  dengan lebih dekat dan terperinci dan secara tidak  langsung hal ini telah menerapkan rasa sayang dan bangga saya terhadap penubuhan Masjid At-Taqwa. Selain itu, saya juga lebih terdedah dengan segala aktiviti dan kegiatan agama yang berjalan di kariah saya. Sekali gus, hal ini menarik minat saya untuk lebih kerap mengunjungi masjid dan turut serta dan turun padang dalam setipa aktiviti yang dianjurkan oleh masjid ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada imam dan bilal yang telah banyak memberikan kerjasama dan pandangan mereka dalam proses temuramah dan survei saya tentang sejarah penubuhan serta organisasi masjid yang telah banyak menolong meringankan dan memudahkan kerja saya. Mereka juga banyak memaklumkan kepada saya mengenai aktiviti-aktiviti masjid dari semasa ke semasa. Di samping itu, mereka juga sering memberi kebebasan kepada saya untuk melengkapkan proses pengambaran dan pengambilan foto saya untuk dilampirkan dalam lampiran saya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah dan pujian kepada imam, bilal dan ahli jawatankuasa Masjid At-Taqwa yang sangat berdedikasi dan efisien dalam melaksanakan segala hal ehwal dan hal pengurusan masjid dengan baik sekali sehingga mendapat gelaran Masjid Terbaik bagi daerah Pulau Pinang. Diharapkan kejayaan seperti ini dapat berulang untuk tahun-tahun yang mendatang.

Andai kata kita berjaya mengembalikan kecekapan peranan dan fungsi masjid secara efektif, proaktif dan berkualiti intuitif, sudah pasti umat Islam khasnya akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat seantero dunia. Akhirnya, dakwah penyebaran Islam dapat diperkasakan dan dimapankan pelaksanaannya. “Jadikanlah masjid berfungsi seperti Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, fungsinya benar-benar hidup, seluruh aktiviti kebanyakan dilakukan di masjid, Khalifah Umar ini melambangkan keadilan siang malam, masjid hidup dengan pelita ilmu rakyatnya, hinggakan menyebabkan sekarang pun tidak dapat menandingi fungsi masjid seperti zaman khalifah ini. Kalau masjid kita begini, insyaallah akan lihat ilmuan lahir daripada masjid”.



No comments:

Post a Comment