Monday 21 February 2011

PENYELESAIAN


PENYELESAIAN

Jalan penyelesaian untuk permasalahan yang pertama telah pun selesai. Pihak organisasi telah pun menyediakan alat pemadam api di dalam masjid dan mudah untuk diambil oleh sesiapa sahaja jika kejadian kebakaran berlaku lagi. Selain itu, pihak organisasi masjid telah pun membuat penyelenggaraan barangan elektrik dan kabel-kabel elektrik dengan bantuan pihak TNB. Oleh itu, kebakaran mungkin dapat dielakkan daripada berlaku lagi.

Jalan penyelesaian untuk permasalahan kedua pula masih dalam perangkaan. Pihak organisasi masjid telah pun meminta bantuan daripada pihak polis dan pihak RELA untuk membuat rondaan berkala lebih-lebih lagi pada waktu malam yang sering terjadi kes-kes kecurian ini. Orang ramai dalam komuniti ini juga telah diminta untuk memberi kerjasama memaklumkan kepada pihak masjid jika ternampak kelibat pencuri atau perkara yang agak mencurigakan di perkarangan masjid.



No comments:

Post a Comment